Saturday, August 25, 2012

Oh yeahh, RAYA !

Assalammualaikum!!!

Hye world. seriously, lama gila gila gila gila gila gila gila  *kay, stop typing that word trah -,-* aku tak updated blog. aku rasa ini first time kut aku biarkan blog kesayangan nie terbengkalai begitu saja. dekat dua bulan jugaklah blog ini aku abaikan. Anyonyooo, so sowwieee dear blog *duckface* HAHA. kay enough trah, enough. act, banyak benda yang aku nak share dekat sini. tapi tulah pasal, aku pun tak tahu ah asal aku rasa macam malas ya Rabbi nak updated blog nie. okay, tak payah nak sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna sangat sekarang nie, kita start with new story!

sebelum aku menaip lebih panjang *maybe* aku nak ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini (kalau ada), my happy family, family belah abah, family belah mak, sahabat handai, dan guru-guru serta semua yang mengenali diri ini. maafkan diri ini andai ada yang terasa hati dengan kelakuan atau percakapan yang telah saya lakukan. saya tahu yang cuti raya dah habis so ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing. diharap anda yang memandu dapat berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang. errk, agak awkward sebenarnya bagi ucapan macam perdana menteri ini. hihi.

alhamdulillah, tahun nie dapat jugak beraya dengan satu family. means, semua ahli keluarga aku ada. walaupun  dak alang terpaksa pi balik kerja kat kuala pilah petang raya tu. at least, pagi raya tu semua orang ada :) family aku memang tiap tiap tahun ada tema tersendiri. kitorang memang taknak pakai baju yang sama warna sebab takut macam boria. almaklum, family members ramai. haha. tema ini hanya untuk anak-anak gadis Pakcik Rahim dah bondanya sahaja. so, tahun lepas temanya ialah baju kain cotton dan tahun nie temanya ialah baju jalur jalur. act, aku tak reti nak describe baju tu camno. design baju kitorang tahun nie sama tapi warna yang berbeza.

kalau yuna kata di setiap gambar ada lagu, bagi aku pulak, di setiap gambar ada cerita sendiri :')

hihi, here my beloved family :) pssst, kami tahu kami macho. eh? XD

le awesomeeee siblings :p

le big family of abah ;)

le big famliy of mak :)

le we, En. Haji Shariff  awesomeee grandchildren :)

le family with atuk ;) *time nie alang takdo, dah pi masuk kerja.

Alhamdulillah, aku gembira sangat raya tahun ni. aku pun tak sure kenapa but i do love it. seronok dapat berkumpul sama-sama. macam family aku ni tak tahu lah tahun depan boleh lagi ke tak beraya cukup family members. yelah, kalau akak aku dah kahwin nanti mesti ah raya bergilir-gilir. hmm. but, takpe. at least raya tahun nie dapat gather sama-sama. bergambar sama-sama. snap setiap kenangan yang terjadi. act, banyak lagi gambar tapi untuk entry kali ini cukup kut. hihi. eh eh jap jap. macam nak tepek satu lagi gambar je. promise, last picture untuk this entry. haha

le we, family with undang luak rembau :)






kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!






seriously, kau nampak comel buat rambut camgitu ;)

Friday, June 8, 2012

aku gadis kampung :)

assalamualaikum!!

hye there. how's life? aku punya life korang jangan tanya ah. kelam kabut. mana tak nya, naik cuti ni aku kena ganti baju sekolah putih ke warna purple. dah pergi beli kain, dah potong, tetiba balik rumah tengok kain tu takde. rupanya auntie tu tak kira sekali. choii. nasib baik. kalau dah kira tapi kain tertinggal naya je. lagi satu, kalau tak buat kerja last minute tu jangan korang panggil aku Athirah. panggil aku adik maniss -,- phieww~ tergesa-gesa aku try menyiapkan homework add math yang mulanya tak lah banyak, tapi bila dah dua minggu punya kerja nak siap dalam dua hari memang sesak ahh. *jangan tiru perangai ini*

okay, back to the title.
masa hari ahad minggu lepas, aku balik kampung. mak masak-masak dulu sebelum balik. ingatkan nak balik makan dekat rumah tapi rupanya mak nak picnic dekat dusun durian atuk. kebetulan, dusun tu baru dibersihkan. so, tengah hari tu kitorang lunch anak-beranak dekat dusun atuk! tapi, abang aku je yang tak dapat join sebab dia sibuk nak pi makan nasi minyak kawan dia. *bangteh, kawan anda sudah, anda bila lagi? ;p* memang agak panas jugak lah masa tu. atuk pulak pergi kopek durian lagi. haha. memang seronok. lepas tu dekat dusun tu ada anak sungai. well, anak dara pakcik Rahim memang excited kalau jumpa scenery yang berunsur alam semulajadi nie. nak tahu apa kitorang buat? ahaaa, memang bukan Mr Rahim's family lah kalau tak bergambar kann? hiewhiew. disebabkan angah dah sukarelahati nak snapkan gambar kami.... so, let's the pictures speak for themselves and i'll help it with some captions ;)

le pangkin 
le durians
le angah, le along, le atuk :)

le favorite picture of me :')
le along and my beloved mum :)
le me yang konon-konon nya ganas ah pegang parang tuh -,-

lepas makan, snapping, tiba-tiba dengar bunyi guruh pulak. ah sudahh. nak hujan. cepat-cepat berkemas. ingatkan sempat ah nak naik atas masuk kereta. time tinggal sikit lagi nak siap kemas tu, hujan berderau turun. semua apalagi, pakat berebut naik atas pangkin lepas tu jerit pondok atuk bocor, pondok atuk bocor. semua diam bila abah dah buat pandangan 'mengoda' dia. HAHA *sigh* akhirnya, setelah menunggu sambil memekak dekat pangkin tu, hujan pun mulai reda. so, semua berangkat balik ke rumah atuk :) aku akan rindu semua nie nanti :')

last but not least..
le me the gadis kampung :')



kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!



aku mimpikan kau malam tadi :') kau rindu aku ea?