Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday#3 | spectacles!

assalamualaikum!


oke bye,

the best moment ever !

assalamualaikam..

hye semua! agak lama trah menyepi diri kan?*takde la lame bebeno!* agak banyak perkara yang berlaku dalam minggu nie. trah baru kehilangan atuk belah abah pada jumaat lepas iaitu 24.6.2011. mungkin apa yang terjadi nie ada hikmah nya. moga arwah atuk tenang di alam sana.

...........................................

oke, berbalik pada title, pada 27-28 trah and kawan-kawan sekolah yang mendapat top 30 masa peperiksaan pertengahan tahun haritu telah dibawa oleh pejabat pelajaran daerah rembau untuk belajar sambil menenangkan diri di port dikson. *huh, agak skema ayat ini* act, program nie adalah program pecutan PMR untuk sekolah trah, sekolah DUHA and sekolah SEDIA RAJA. so, tujuan sebenar kitorang dibawa kesana adalah untuk BELAJAR! jadi kenalah set mind awal2 supaya dapat faham apa yang diajar. tapi, belajar tetap belajar,  camera tidak dilupakan. kitorang still bergamabr tapi hanya pada waktu yang sesuai :)

masa tunggu bus,
hamboih niesa, kemain bnyak duit hang!

masing masing excited !* termasuklah saya!* >.<

dalam bus,
kami bestfriend lha! *azziem azzhan mazlan*

*muhd hazim jamil*
pelik sebab trah asyik bertukar tempat duduk? act, trah duduk ngn niesa. tapi trah pegi duduk dengan azziem sebab nk amik coklat. pastu bila nak duduk sebelah niesa, tengok ajai dah duduk. then, terpaksa lha duduk ngan hazim.

here we are !

nie lha tempat kitorang belajar, tidur, makan dan merehatkan diri.

masa belajar,
tangan pakinson =.=

time nie cikgu sekolah sendiri yang ajar sebab tu trah ngan syura sampai duduk atas lantai. *sebenarnya, ngantuk*

masa riadah! *the besssstttttt mommmmmeeennntt!*
pantai port dikson <3


red powerrr!

malam hari,
masingmasing tak nak kalah pakai baju kurung (",)

hari terakhir,
kemain lagi! status diri tuan empunya handphone masih belum diketahui

sempat lagi mengkanak-kanakkan diri ==' *carik orang terbang!*

heeeeee~

rasanya tu jelah kot, gambar-gambar yang lain boleh selongkar dekat facebook. kemain banyak gambar weyhh! tak terlarat nak upload. gambar kat pantai lha yang paling banyak. nak buat macam mana kalau diri sendiri kaki camera and berkawan pulak dengan kaki camera. so, faham-faham lah hasilnya ;p


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!

Wednesday, June 22, 2011

Sunday, June 19, 2011

you're the sunshine !

assalamualaikum..

hye semua..

dah sepuluh hari belog nie tak berupdated kan ? *tuponnkberkirakan ?* hahaha. so, hari ini banyak story aku nak updated.

pada tanggal 13.6.2011, mak aku yang tersayang telah bertambah setahun lagi umurnya. jadi pada malam jumaat lepas iaitu pada tanggal 17.6.2011, kami selaku adik-beradik PALING HOTTT ini pon telah menyelebrate birthday mak. sebelum upacara memotong kek, kami sekeluarga duduk bergelimpangan di depan tv sambil menonton imam muda siaran astro oasis. *kau mampu duduk bergelimpangan tengok imam muda bersama keluarga yang ramai?* hahaaha, kenapalah aku guna ayat buat karangan pulak nie ? oke, just enjoy the picture!!


mak tersayang <3

sibiling terhot <3 ! *kau ade?*

i love u mom !
(1)
(2)
(3)

(1)(2)(3) dan selebihnya, kegilaan melanda >.<
..................................................................

pada tanggal 18.6.2011 pula, kami sekeluarga telah menghadiri satu majlis pekahwinan sepupu kami di kuala lumpur. kami ke sana dengan menaiki tiga kereta yang dipandu oleh abah, angah and pakcik.perkahwinan itu telah diadakan di sebuah dewan. persekitaran didewan itu boleh tahan catik dan kami sebagai pencinta alam camera telah membuat beberapa aksi-aksi untuk dirakam kan. hayati lah detik-detik ini bersama. hahhaa.*perenggan pertama* so, enjoy the pictures !
the twin (from left): muhammad hazman (abg), muhammad hazmi(dedek)

the twin's new brother : muhammad hafiz
on the way to kenduri kawen
org yang kawen..
orang yang belum nak kawen..
orang yang belum boleh kawen 
orang yang belum kawen
(1)
(2)
(3)
dan selebihnya: aksi mencintai alam sekitar (",)

them !
the sunshine <3 !
pakcik terbaiikkk! *ayah the twin and the baby !*
mak sambut birthday dua kali ! *jeles*
.......
speechless
no caption

jadi, ini lah yang dinamakan nikmat, seronok, gembira, riang, teruja dan segala-galanya lah bila kita bersama yang tersayang. hujung minggu macam nie lah yang kita isi dengan mereka. 

moral of the entry:
sayangilah orang yang disayangi :)

pssssttttt : HAPPY FATHER'S DAY ABAH !!!
p/s : header baru!! credits to eika !

THANKS FOR READING THIS ENTRY !!

Thursday, June 9, 2011

bercerita mengenainya...

assalamualaikum !!!


hye dunia ! *aku mmg suka berangan satu dunia baca blog aku* haha

kawan.. atau panggilan lainnya teman, atau rakan, atau sahabat atau dalam bahasa inggerisnya friend. ada apa dengan mereka ? haaa, ni lah yang aku nak share ngan korang. aku teringat kata-kata teacher shima iaitu guru bahasa inggeris aku. beliau kata dalam english tapi aku translate..

Allah tu maha kuasa. Dia adalah sebaik-baik pencipta. Dia bolehkan  kita mengenal seseorang hanya melalui cara seseorang tu bercakap, cara seseorang tu berjalan, cara seseorang tu bergaul, dan yang paling penting ialah dengan siapa mereka berkawan !

ya ! aku agreed sangat apa yang teacher aku cakap! yelah. dalam islam sendiri ada cakap bahawa teman adalah cermin diri kita. sebab tu orang cakap hati-hati memilih kawan. kawan ni boleh jadi seperti api dan boleh jugak jadi seperti air. aku pun, bukan nya pandai sangat dalam memilih teman. aku kawan dengan semua orang. okey, mungkin tak rapat. tapi still kawan. walaupun dia teruk mana sekalipun aku akan tetap anggap dia sebagai kawan. sekali dah berkawan, biarlah kawan untuk selama-lamanya.

abah aku selalu nasihat dekat aku pasal kawan. dia nak tahu dengan siapa aku berkawan. dia akan jadi macam polis pencen bila time kawan aku datang rumah ke, nampak aku jalan dengan diorang ke. maybe bagi sesetengah orang akan anggap abah aku jenis yang menggongkong aku, but sebenarnya tak ! aku memag dah terdidik macam tu. bohonglah kalau aku cakap, aku tak pernah berkawan dengan budak nakal. heeeyyy, pernah ea ! tapi bila aku berkawan dengan budak nakal, mesti dalam kalangan diorang tu aku yang paling baik kot ! *tu statement dari kawan aku sendiri oke* hahaha, bila ingat balik macam kelakar pulak.

jujur, aku rindu kenangan aku dengan kawan-kawan aku. kawan masa tadika, masa sekolah rendah, kawan yang jumpa kat kem, kawan sekolah menengah dulu. semua yang pernah bergelar kawan lah ! aku ni pula memang jenis yang banyak cakap, so aku memang suka ramai2 kawan.. yang pasti aku tak akan lupa kenangan yang terlakar antara aku dengan mereka yang bergelar rakan. mereka lah yang menjadi peneman kala sunyi selain keluarga.

setelah diselongkar-selongkar, akhirnya jumpa pun gmbar mereka :)

#semua muka tak matang
*kawan sekolah rendah*


#bertudung labuh
*kawan sekolah agama*

# kemain banyak gambar!
*mereka yang menjadi peneman kini*



BYE,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!


saya sayang awak macam saya sayang mereka <3 !