Thursday, June 9, 2011

bercerita mengenainya...

assalamualaikum !!!


hye dunia ! *aku mmg suka berangan satu dunia baca blog aku* haha

kawan.. atau panggilan lainnya teman, atau rakan, atau sahabat atau dalam bahasa inggerisnya friend. ada apa dengan mereka ? haaa, ni lah yang aku nak share ngan korang. aku teringat kata-kata teacher shima iaitu guru bahasa inggeris aku. beliau kata dalam english tapi aku translate..

Allah tu maha kuasa. Dia adalah sebaik-baik pencipta. Dia bolehkan  kita mengenal seseorang hanya melalui cara seseorang tu bercakap, cara seseorang tu berjalan, cara seseorang tu bergaul, dan yang paling penting ialah dengan siapa mereka berkawan !

ya ! aku agreed sangat apa yang teacher aku cakap! yelah. dalam islam sendiri ada cakap bahawa teman adalah cermin diri kita. sebab tu orang cakap hati-hati memilih kawan. kawan ni boleh jadi seperti api dan boleh jugak jadi seperti air. aku pun, bukan nya pandai sangat dalam memilih teman. aku kawan dengan semua orang. okey, mungkin tak rapat. tapi still kawan. walaupun dia teruk mana sekalipun aku akan tetap anggap dia sebagai kawan. sekali dah berkawan, biarlah kawan untuk selama-lamanya.

abah aku selalu nasihat dekat aku pasal kawan. dia nak tahu dengan siapa aku berkawan. dia akan jadi macam polis pencen bila time kawan aku datang rumah ke, nampak aku jalan dengan diorang ke. maybe bagi sesetengah orang akan anggap abah aku jenis yang menggongkong aku, but sebenarnya tak ! aku memag dah terdidik macam tu. bohonglah kalau aku cakap, aku tak pernah berkawan dengan budak nakal. heeeyyy, pernah ea ! tapi bila aku berkawan dengan budak nakal, mesti dalam kalangan diorang tu aku yang paling baik kot ! *tu statement dari kawan aku sendiri oke* hahaha, bila ingat balik macam kelakar pulak.

jujur, aku rindu kenangan aku dengan kawan-kawan aku. kawan masa tadika, masa sekolah rendah, kawan yang jumpa kat kem, kawan sekolah menengah dulu. semua yang pernah bergelar kawan lah ! aku ni pula memang jenis yang banyak cakap, so aku memang suka ramai2 kawan.. yang pasti aku tak akan lupa kenangan yang terlakar antara aku dengan mereka yang bergelar rakan. mereka lah yang menjadi peneman kala sunyi selain keluarga.

setelah diselongkar-selongkar, akhirnya jumpa pun gmbar mereka :)

#semua muka tak matang
*kawan sekolah rendah*


#bertudung labuh
*kawan sekolah agama*

# kemain banyak gambar!
*mereka yang menjadi peneman kini*



BYE,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!


saya sayang awak macam saya sayang mereka <3 !







8 comments:

pu3khaleeda said...

hehe,, ramai kawan yo !

Nursyafika said...

untung r, org banyak cakap. ramai kawan kan? hhehe..
*ade ke?

Juniey_Aina said...

comei lha hang kecik2 dulu!

nur athirah said...

pu3 : hahaa, haruslha ramai !

nur athirah said...

eika : mmg untung pon ! nape ? anda jeles ? anda ade? takkan ? hahah

nur athirah said...

jun : comey ? hang nie sakit ka buang tebiat ?haha

niesa afrina said...

saya sayang awak . dari dulu sampai sekarang , tak berubah langsung !

nur athirah said...

niesa : thanks sygggs! syg awak jugak !