Sunday, July 31, 2011

pulut coklat :)

assalamualaikum!!

hye world.. seperti post aku yang terdahulu, aku cakap yang aku ada exam kan? alhamdulillah, exam dah habis. boleh lah bergonjeng sekejap. oke, fine. untuk hari minggu ni je. masuk sekolah dah kena study balik. eh, isnin ni dah puasa kan? tak sangka, pejamcelikpejamcelik dah masuk bulan Ramadhan. masih terimbau lagi Ramdhan tahun lepas, masa majlis khatam al-Quran. kebetulan masa tu birthday aku. lepas habis majlis khatam al-Quran tu siapa yang sertai tadarus al-Quran dapat pulut, rendang and bunga telur. aku dapat pulut coklat dari si dia. #act, coklat tu rendang. hehe, tapi dia yang cakap coklat. llalalalalalla~

bila masuk bulan Ramadhan nie, macam-macam yang berada dalam fikiran. bulan yang penuh dengan barakh. Tapi cuba kita bayangkan, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. dah bersediakah kita nak tinggalkan bulan ini buat selama-lamanya? bulan yang cuma sekali dalam setahun. bulan yang menawarkan banyak ganjaran pahala bagi mereka yang berusaha mendapatkannya. aku bukan lah seorang yang terlalu arif mengenai agama, tetapi aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang mendidik aku tentang agama. aku sendiri baru menanamkan azam agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. mungkin ini adalah Ramadhan terakhir untuk aku. siapa tahu? 

bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. bila perut tak penuh, lagi senang untuk kita beribadat. biasalah manusia. imannya sekejap bertambah dan sekejap berkurang. adakalanya rasa berkobar-kobar nak beribadat, adakalanya rasa malas. berdoalah agar iman kita tetap bertambah. 

eh, kiranya malam nie lah kita akan dengar pengumuman puasa? fyi, aku and siblings selalu sangat excited nak dengar pengumuman yang kat tv3 tu. kitorang just panggil dia atuk je. hehehe. malam ni, insya-Allah ada solat terawih kan? jom sama-sama kita penuhkan masjid and surau. tak sabar nak puasa. nanti boleh bergonjeng pergi bazaar ramadhan . ngeee~

#spek baru <3 *thanks along :)
selamat hari raya, eh silap. selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!

No comments: