Sunday, July 31, 2011

pulut coklat :)

assalamualaikum!!

hye world.. seperti post aku yang terdahulu, aku cakap yang aku ada exam kan? alhamdulillah, exam dah habis. boleh lah bergonjeng sekejap. oke, fine. untuk hari minggu ni je. masuk sekolah dah kena study balik. eh, isnin ni dah puasa kan? tak sangka, pejamcelikpejamcelik dah masuk bulan Ramadhan. masih terimbau lagi Ramdhan tahun lepas, masa majlis khatam al-Quran. kebetulan masa tu birthday aku. lepas habis majlis khatam al-Quran tu siapa yang sertai tadarus al-Quran dapat pulut, rendang and bunga telur. aku dapat pulut coklat dari si dia. #act, coklat tu rendang. hehe, tapi dia yang cakap coklat. llalalalalalla~

bila masuk bulan Ramadhan nie, macam-macam yang berada dalam fikiran. bulan yang penuh dengan barakh. Tapi cuba kita bayangkan, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. dah bersediakah kita nak tinggalkan bulan ini buat selama-lamanya? bulan yang cuma sekali dalam setahun. bulan yang menawarkan banyak ganjaran pahala bagi mereka yang berusaha mendapatkannya. aku bukan lah seorang yang terlalu arif mengenai agama, tetapi aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang mendidik aku tentang agama. aku sendiri baru menanamkan azam agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. mungkin ini adalah Ramadhan terakhir untuk aku. siapa tahu? 

bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. bila perut tak penuh, lagi senang untuk kita beribadat. biasalah manusia. imannya sekejap bertambah dan sekejap berkurang. adakalanya rasa berkobar-kobar nak beribadat, adakalanya rasa malas. berdoalah agar iman kita tetap bertambah. 

eh, kiranya malam nie lah kita akan dengar pengumuman puasa? fyi, aku and siblings selalu sangat excited nak dengar pengumuman yang kat tv3 tu. kitorang just panggil dia atuk je. hehehe. malam ni, insya-Allah ada solat terawih kan? jom sama-sama kita penuhkan masjid and surau. tak sabar nak puasa. nanti boleh bergonjeng pergi bazaar ramadhan . ngeee~

#spek baru <3 *thanks along :)
selamat hari raya, eh silap. selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!

Thursday, July 21, 2011

Menghitung hari

assalamualaikum!!

hey world!. sekarang dah menunjukkan 12.05 pagi. aku mengambil peluang keemasan nie untuk mengupdated blog ketika kakakkakakku sedang sibuk layan cerita Anissa kat tonton.my sebab tadi tak diberi peluang tengok tv sebab abah dah menongok kat depan tv tu sambil tengok bola *malaysia kalah dengan chelsea*. huh. saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu. banyak perkara penting yang bakal berlaku. ada yang indah MUNGKIN. ada yang sedih, MUNGKIN. andai diri ini punyai kuasa untuk memberhentikan masa. tapi apakan daya itu hanya khayalan saja. terasa sekejap je masa berlalu. sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan.#nasibbaikpuasadahhabisganti. sekejap je dah nak 15 tahun. sekejap je PMR nak datang. perasaan hati berkecamuk. sekejap rasa nak marah orang, kejap rasa nak meraung, kejap kang dah meleleh air mata, kejap kang dah rasa nak bunuh orang #oke,tipu! teruk jugak ye debaran orang yang nak menghadapi sesuatu yang besar ni. minggu depan ada exam, lepas tu penilaian KRK, after tu ada percubaan PMR lepas tu ada PMR. #aku pun tak ingat berapa banyak exam lhaaa#haaa. lepas nie jangan lah korang duk bertanya kemana kah aku menghilang. dah tahu kan jawapan nya? jadi, harapnya agar korang still akan jenguk blog aku sambil kunyah makanan ke teguk air ke, sambil tu klik lah heartbeat tu sekali :) dah, jom beradu !

lepas abis semua nie bukan setakat daun yang aku baling ! tunggu!!!


bye, #jgn rindu aku taw ;p
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday#5 | mereka sahabat !

assalamualaikum !!!

this what we call <3 !



bye,
eh, TAHNIAH KEPADA ANWARHADI ATAS KEJAYAAN MENGONDOL 3 ANUGERAH DIGI SHOUT AWARDS :)


 jom tengok video ini

Thursday, July 7, 2011

orang sakit

assalamualaikum!!

selamat petang dunia! what's up? haiihh, hari ni trah updated blog sebab hari nie takde kelas tusyen. so, trah telah merembat peluang nie untuk updated blog :)

minggu lepas,(2.7.2011) angah menjalani operation dekat university malaya specialist center. jadi, hari jumaat petang tu, lepas balik dari tusyen kitorang pun packing and bertolak ke KL. masa tu angah dah di wardedkan. malam tu sampai sana jenguk angah, usha2 nurse, bergambar sakan, makanmakan sikit, anddddddd balik hotel.
ce carik nama akak saya..

disini lha segalanya bermula....

see. terserlah kegelojohan =.= *tangan pakinson

ouh. kami siblings! *alang je takde

hari kedua. (hari operation)
muka senyum, hati? tuhan saja yang tahu..

masing-masing duduk bergelimpangan dekat ward tuh =.=
sementara tunggu operation, mak and abah sempat dating <3 ! walaweh~


hari ketiga.

nurse cantek! baik jugak!

pesakit and babysitter :)

oke, enough. angah sekarang nie ade kat rumah and cuti selama 6 minggu. esok pulak jahitan dia akan dibuka. so far, semuanya okey.

bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!








Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday#4 | kasih sayang

assalamualaikum!!


#suka hati saya lah nak letak gambar berapa banyak! heee~

p/s: saya busy(",) nantikan entry berkaitan ini ea.