Sunday, February 26, 2012

kau sahabat :')

assalamualaikum!!

hye there. buat kali yang kedua aku menaip entry berkaitan sahabat yang akan meninggalkan aku. nak buat macam mana? aku terlupa yang aku sedang berkawan dengan mereka mereka yang pandai dah bijak. so, kalau memang diorang dapat good result and continued thier study dekat sekolah yang lagi gempak tu memag tak boleh nak dipertikaikan lagi lah. sedih dan gembira. yea. tu jea perkataan yang boleh describe diri aku sekarang. sebelum tu aku mintak maaf sebab dah lama tak menulis. masa sangat lha dengki dengan aku. aku TERlalu sibuk dengan homeworksssss dan aktiviti-aktiviti lain. ah, itu boleh cerita lain kali. cerita yang tadi tu sambung balik. aku sedih sebab seorang lagi sahabat baik aku akan tinggalkan aku. tapi, dalam pada masa yang sama, aku happy sebab apa yang dia impikan tercapai. dah tertulis yang dia akan dapat tawaran tu kan? walau apa yang aku buat pun, aku tak boleh nak halang dia. itu cita-cita dia. siapa aku untuk halang dia kan? aku hanya seorang sahabat yang perlukan dia untuk teman aku harungi hidup yang mencabar nie :( bukan maksud aku hanya dia yang aku perlukan, tapi dia adalah salah seorang daripadanya.

Azziem Azzhan b. Mazlan 
azziem, firstly aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kau sebab sudi jadi kawan aku. kau sudi layan kerenah aku. kau sudi tadahkan telinga kau bila aku nak bercerita. kau sudi pinjamkan diri kau untuk tenangkan aku bila aku tak tenang. kau ada bila aku perlukan sesorang. tapi sekarang? kau akan pindah. kau akan pergi dari aku. dah takde orang yang akan duduk sebelah aku selain niesa. dah takde orang yang nak ke hulu ke hilir dengan aku. dah takde orang yang beli air cincau kat kiosk pastu simpan dalam 'peti ais' makmal bio or fizik. lepas nie aku dah tak boleh nak merengek mintak pen coklat kat kau bila nak buat nota agama. nanti sape nak teman aku jalan pegi makmal selain budak-budak nie? lepas nie sapa yang aku nak panggil azim lagi? aku bukan nya rapat pun dengan hazim baharuddin tu. aku dah takda azim dah :( kau dah janjikan yang kau takkan tinggalkan aku? kita kan dah janji nak pakai baju ungu sama-sama lepas cuti bulan 6 kan? sapa yang nak tolong kau tunaikan janji tu? :'( patutlah kau nak bagi aku stick ice cream tu kan? patut lah  kau taknak aku teman kau pergi jumpa cikgu nak ambik surat berhenti sebab aku dah warning awal-awal kalau kau nak pindah aku nak taching dengan kau kan? menyesal pulak aku letak gambar hazim dengan kau kat entry aku dulu. tak sangka kau pun nak pindah. aku baru belajar untuk terima hazim, hana dengan ayman takda. tetiba kau pulak nak pindah. sapa nak jadi geng 'Allah tengah jaga kita' lagi? kau tak rasa ke yang kau kejam? sehari je kau bagi masa kat kitorang untuk spend time dengan kau? aku tahu, aku tak patut buat kau rasa serba salah tapi aku tak sanggup. aku cuba untuk jadi sekuat mungkin, aku takut aku tak boleh :( sorry
azziem untuk setiap perbuatan dan kata-kata aku yang kau tak suka selama kita berkawan. aku hope yang kau tak kan balik Uress lagi. capailah cita-cita kau kat sana. ingat, nanti kaukan nak drivekan kapal terbang untuk hantar aku sambung study kat oversea :') good luck kat sana. take care of yourself. kau jangan jadi gay kat sana sudahhh. mintak dijauhkan. dah lah kat sana semua lelaki -.- kalau diorang buli kau, kau bagitahu kitorang, biar nanti budak Uress belasah diorang.


nanti sapa nak editkan gambar aku lagi?

aku akan rindu kau 

walaupun kau macam poyo tapi kau tetap sahabat yang awesome ;'D
*jaga topi dengan spec tu elok-elok ea. 

airmata aku dah menitis
kbye!





sahabat kau,

1 comment:

niesa afrina said...

aku nangis baca entry nie :'(