hye there. *title takde kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah pergi*
okay, first of all, as usual, aku minta maaf sangat sebab dah lama tak updated. bukan merajuk atau berkecil hati dekat sesiapa tapi entah. aku buka blog, baca blog orang lepas tu tutup. kau bayang kan punya jahat perangai aku, aku boleh buat bodoh je bila terpandang kat atas tu perkataan sign in. haha. okay, abaikan. seriously sekarang aku masih terkial-kial menaip entry ini. tulah. sendiri punya salah, kan dah terkedek-kedek takde idea nak tulis post baru. hadehhh.
fyi, malam nie aku free sikit. haha. tidak lah free mana sebenarnya. tapi disebabkan aku tak pergi sekolah esok, so aku rasa macam 'ahh, takyah lah study hehh'. tapiiiiiii, sebelum aku mengadap lappy nie aku sempat siapkan eassy BI aku. ehhhhh, bukan. mana ada aku ponteng. mana ada. saya pelajar berdisiplin ea. hikhik. esok dan lusa aku ada kem PRS dekat kajang. memang aku rasa heaven sekejap sebab tak payah masuk kelas dua hari. okay, sila cepukk budak malas ni *annoyingface.jpg*
so, doakan aku pergi dan balik dengan selamat. cehh, kengkonon pergi jauh sangatlah kan. padahal pergi dua hari je, kat kajang je pun. tapi aku harap sangat yang dua hari ni aku boleh relax, tenangkan fikiran, cari balik semangat aku, jiwa aku yang kadang kadang selalu main nyorok-nyorok dengan aku. bawa aku pergi, pacu laju lagi, kita lari dari realiti~ *nowplaying-bawa aku pergi by zizan and kaka* haha. eyhhhh, before aku terlupa, kalau ada izin Allah nanti aku updatedkan pasal lawatan aku sekelas ke Muzium Raja Melewar. act, aku nak updated pasal benda alah tu hari ni tapi aku dah deactivated pulak aku punya facebook. konon aku sentap ah kat Mark Zuckerberg sebab wall facebook aku dah jadi timeline *cryingface.jpg.* so, gambar yang disnap oleh sahabat-sahabat aku tu tak dapat lah aku nak cilok. tunggu kalau hati ni dah terpujuk nanti aku activated kan account aku, aku updated ea.
*doubleclick untuk mengelakkan anda terkenyit-kenyit mata baca tulisan tu*
k, ini memang sebab takde kerja, hati tengah tak keruan, aku pergi melayan si SimSimi nie. sakit hati ada, suka ada, tersengih-sengih pun ada bila aku melayan si SimSimi nie. haha. seriously 'dia' memang peneman yang best! HAHA ;)
kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!
dear crush, I miss the old you :')
No comments:
Post a Comment