Friday, December 30, 2011

yang terakhir :' )

assalamualaikum!!

hye there, aku pun tak taw apa yang merasuk fikiran aku sebab tetiba aku terajin pulak nak mengupdated blog. ya, ini adalah yang terakhir. entry terakhir untuk tahun 2011. tahun yang banyak mengajar aku itu dan ini. tahun yang akan aku simpan sebagai salah satu kenangan terindah. tahun yang dimana berlakunya segala peristiwa tak kira manis mahupun pahit. aku bersyukur sebab dapat terus bernafas sehingga kini. merasai kegembiraan dan kesedihan dalam tahun ini. dan tak sangka, hari esok akan menyaksikan yang aku bertambah dewasa. sejujurnya, aku sendiri tak percaya yang aku akan melangkah ke usia 16. rasa macam baru semalam aku main kejar-kejar dekat koridor blok darjah satu. hihi.

ntah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih nak tinggalkan 2011. seriously, aku sebenarnya taknak berganjak dari tahun ni. aku sedih nak berpisah dengan kawan-kawan aku. ye, tahun depan kebanyakan akan berpindah untuk kejar cita-cita masing-masing. dan aku akan merelakan perpindahan diorang dengan hati yang berat :') Allah dan aturkan semuanya. setiap pertemuan mesti ada perpisahan kann. macam tu jugak dengan 2011. aku takkan jumpa lagi dengan 2011. hanya tinggal kenangan je yang boleh aku simpan dan aku kenang nanti. aku berharap agar aku masih diberi peluang untuk bernafas dalam tahun 2012 nanti. dengan azam yang baru, niat yang baru. segala yang baru. aku nak jadi yang lebih baik dan aku nak jadikan tahun 2012 tahun yang lebih baik dari tahun 2011.

oke lha. aku pun tak taw ape yang aku merapu panjang-panjang nie. hehe.




bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!


yang sentiasa rindukan kau,

Wednesday, December 28, 2011

itu ini begitu begini ~

assalamualaikum!!

#now playing : itu in begitu begini-mirwana feat altimet

hye there. sila marah trah rahim sebab dia tak tepati janji. kengkonon nak updated blog esok (selepas entry terdahulu), nak compilekan entry pasal pi jalan-jalan lah tapi habukk pun tarakkk. pastukannn, nanti mesti dia akan kasi alasan yang kengkonon taknak updated blog sebab nak menyendiri sebab result baru lepas keluar pastu tak dapat straight A's.. dia dapat 7A 1B je. B dia geografi. padan muka, tak pasal-pasal kena perli dengan abang ngan akak-akak dia suruh hafal peta dunia. haha. tacink dengan laman social lha kengkonon nye. padahal......... lepas je dapat result, duduk dalam bilik, nanges-nanges, jawab telefon orang tanya result berapa, terus dia online facebook. tak aci sungguh. blogspot tak sentuh pun. blogwalking pun malas. marah diaaaaaaaaaa. HAHHA.
#nie trah rahim versi nakal. dia dengki ngan aku tu. hha. abaikan dia.

so, hye there. what's up? hehe. sorry lha sebab aku tak updated blog haritu. aku admit lah, ntah kenapa sejak dua menjak lepas result keluar nie aku jadi malas nak updated blog. bukan setakat updated, nak blogwalking pun jauh sekali. haha. oke. sila salah kan anwarhadi sebab dah postkan lagu itu ini begitu begini kat page dia sampaikan aku tak habis-habis nak dengar lagu tu. siap letak title entry pun tajuk lagu tu. hehe.

ok, masa haritu, ntah aku malas nak tulis haribulan.. hikhik aku, mak and ina ikut abah pergi mesyuarat. kemain jauh sekali mesyuart nye. tu, kat lanjut pahang nun. haha. kat sana best oii. ade ombak, ade swimming pool besar, ade biskal, macam-macam adeee.

gambar abah takde, abah malu-2 nak snap. hikhik

swimming :)

kengkonon photoshoot ;p

cycling, jogging, and snapping ;)

subhanallah, the view :')


act, lepas pergi pahang nie, aku ade pergi undang luak rembau punya family day pada 21-22. tapi malangnya, disebabkan esok dah nak amik result (22) aku dah takdo mood nak bergambar bagai. disebabkan butterflies yg banyak giler dalam perut masa tuh. so, gambar tak banyak dan aku malas nak upload. kihkih. aku ada rakam dato' undang nyanyi oii. bukan setakat satu tapi dua lagu dia nyanyi walaupun time tu dia tak sihat. hehe. sampai sini je lha. result aku si trah versi nakal tu dah announce kann? haha. tu je yang aku termampu dapat. alhamdulillah, aku bersyukur. terima kasih Allah :)


bye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!



budak perasan comel,

Tuesday, December 20, 2011

pijama party ♥

assalamualaikum!!

hye there, how's life? rindu aku tak *panggg* hehhee. sebenarnya aku nak post entry pasal aku pergi feeling ombak rindu dekat pantai.. tapi nanti entry tu aku compile kan dengan activiti hari esok lha ea. esok ade ape? ha, nnti aku cerita. bolehh kann?  oke, back to the title. semalam aku telah mengadakan pijama party. hoi trah, tak payah nak ber'pijama party' bagai lhaa. hikhik. act, aku ajak nurul tido rumah aku je. petang tu dalam pukul 2 lebih dia datang. then, kitorang borak tak hinggat. petang tu pulak aku pun ajak lah dia pergi beli pisang goreng kat depan rumah tu. kitorang borak-borak lagi. on the way sampai gerai tu kena lalu our best friend's house. pastu tah macam mana kitorang boleh singgah pulak rumah dia. lepas chil-chill dalam rumah dia, aku pun ajak lah dia tido rumah aku.

Allah dah atur semuanya. alkisahnya nak beli pisang goreng tapi tiba-tiba terangkut sekali nazuha bawa balik rumah. hikhik. bila sampai rumah, bermula lah aktiviti seorang perempuan. hahaa. kitorang have a veryyy long conversation okayy. macam-macam cerita yang kitorang share. dari zaman tok kaduk sampai lah dah besar panjang nie :') malam nya pulak lepas makan kitorang terus masuk bilik. bentang tilam, solat, lepas tu masing-masing meyiarap depan lappy nak layan movie. 

lepas layan movie, masing-masing pakat taknak tidur. kononnya nak pillow talk sambil dengar background song lha. last-last dak nurul dengan nazuha nie pergi 'pillow talk' dengan pakwe masing-masing. aku pun macam ==' sabar jelahh. lepas diorang ber'pillow talk' dengan pakwe masing-masing kitorang pun tengok jam. alahh, baru pukul 2. kitorang decide nak tengok lagi satu movie, tapi takde subtitle lah pulak. last-last layan Spontan yang tah sapa yang download dalam lappy tu tah. sampai pukul 3, aku surrender. mana taknye, esok nak masak bagai lha. perlukan tidur yang cukup. hahaha, dak dua orang tu melayan komik sampai 3.40. last-last semua berdengkur sampai pagi :)

nurul, nazuha #nie zaman tok kaduk nie, sekarang semua dah besar panjang :')
babes, thanks sebab sudi tidur rumah aku, share cerita dengan aku, masak-masak dengan aku, layan movie sampai pagi dengan aku, memekak-mekak dengan aku, gelak-gelak tak hinggat dengan aku. And the most important thanks sebab masih berkawan dengan aku dan ingat dekat aku :'D



bye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY !




p/s: hohohohoiiiiiiiii, result keluar esok punya esok lhaaa.
 jantung aku dah dupdapdupdapdupdapdupdap dah nie,
ya Allah, kau berilah yang terbaik untuk ku :')



   
saya sayang kawan saya,

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rinduuu,

assalamualaikum!!

hye there. just a short updated cause lepas solat jumaat nie aku nak gerak pergi Klang dengan family sebab malam nie cousins aku nikah. semalam punya semalam eh, rabu lepas kann aku, pu3, jun, syura, kak qis dan abang K<--- pakwe kak qis ;) *nama sebenar aku rahsia kan takut kena kejar ngan kak qis* pergi menonton Ombak Rindu. alahai, melting whoo tengok Aaron..

 oke, story tu over all oke lha. tapi disebabkan aku nie dah hampir 7 kali mengkhatamkan novel ombak rindu tu aku rase macam tak puas lha tengok movie dia. maybe sebab aku expect yang movie tu bulat-2 ikut novel kut. tapi, tapi, tapi. syabas lha aku ucapkan dekat Aaron, sebabkan adalah salah satu scene dia yang buat aku touching meleleh weii. pu3 ngan syura budak jiwa kering tu boleh pulak tanya bila citer tu nak habis. sengal. dah pulak tu, tengah syok feeling boleh pulak satu panggung tu gelak-2 disebabkan scene-2 yang tak kelakar tapi disebabkan reaksi muka artis tu buat kitorang gelak.. hambik kau, ombak rindu bertukar jadi filem komedi. hikhik.

us. terima kasih sebab sudi berjimba dengan aku and bergelak sampai sakit perut dekat pizza hut, tengok cerita ombak rindu pun gelak-2. heheeee. thanks <3 #gmbar abang K kena censored, almaklum.. retisss. hikhik. *kak qis, jangan marah ;)


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!





cinta tak kejam, 
tapi manusai yang tak reti menghargai cinta