Saturday, November 10, 2012

rasa hati

Assalamualaikum..

dulu beria. sekarang biar terbiar.
jangan sebab seorang, yang lain kena tempias. masing-masing ada hati, masing-masing ada perasaan. cukup jaga masing-masing punya rasa. sampai bila nak suruh orang yang jagakan? mohon jadi lebih dewasa, lebih matang. jangan disebabkan apa yang kau nampak lepas tu kau terus judge.
 itu tak adil.

 jangan salahkan dunia, kalau diri sendiri yang cari masalah. sakit hati, ahh perkara biasa. takde siapa kesah. jangan terhegeh-hegeh minta simpati. orang taknak layan.

jangan terasa. ini bukan untuk kau atau sesiapa. ini untuk diri sendiri yang selalu ikut kepala dia. fikir apa? bagus sangatlah. dah tahu sayang tapi buat dia sakit hati. eh kau nie tak sekolah ke gila?

marah dengan diri sendiri, orang lain kena maki
merajuk dengan diri sendiri, dengan orang lain kau tarik muka
apa masalah kau?

ini bukan madah dendam. ini madah untuk makanan hati. biar dia rasa. asyik nak ikut kata dia, otak punya kata siapa nak dengar? buat sesuatu guna dua-dua. otak dan hati. jangan ikut suka dia aja.

lepas ini kalau otak kata YA dan hati kata TAK? kau fikirlah nak ikut kata siapa.


bagus, dah lama tak updated blog bila muncul termuntah entry macam ni. entry yang hanya diri sendiri faham dan diri sendiri tahu tapi tak boleh nak tafsirkan. kesiann


berselindung rasa sebenar sebalik senyum ceria. kita tengok sampai bila.


dan yaa, gambar yang semuanya dah dipost dientry-entry sebelum nie semua invalid. k, sangat sedihh T_T


Saturday, August 25, 2012

Oh yeahh, RAYA !

Assalammualaikum!!!

Hye world. seriously, lama gila gila gila gila gila gila gila  *kay, stop typing that word trah -,-* aku tak updated blog. aku rasa ini first time kut aku biarkan blog kesayangan nie terbengkalai begitu saja. dekat dua bulan jugaklah blog ini aku abaikan. Anyonyooo, so sowwieee dear blog *duckface* HAHA. kay enough trah, enough. act, banyak benda yang aku nak share dekat sini. tapi tulah pasal, aku pun tak tahu ah asal aku rasa macam malas ya Rabbi nak updated blog nie. okay, tak payah nak sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna sangat sekarang nie, kita start with new story!

sebelum aku menaip lebih panjang *maybe* aku nak ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini (kalau ada), my happy family, family belah abah, family belah mak, sahabat handai, dan guru-guru serta semua yang mengenali diri ini. maafkan diri ini andai ada yang terasa hati dengan kelakuan atau percakapan yang telah saya lakukan. saya tahu yang cuti raya dah habis so ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing. diharap anda yang memandu dapat berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang. errk, agak awkward sebenarnya bagi ucapan macam perdana menteri ini. hihi.

alhamdulillah, tahun nie dapat jugak beraya dengan satu family. means, semua ahli keluarga aku ada. walaupun  dak alang terpaksa pi balik kerja kat kuala pilah petang raya tu. at least, pagi raya tu semua orang ada :) family aku memang tiap tiap tahun ada tema tersendiri. kitorang memang taknak pakai baju yang sama warna sebab takut macam boria. almaklum, family members ramai. haha. tema ini hanya untuk anak-anak gadis Pakcik Rahim dah bondanya sahaja. so, tahun lepas temanya ialah baju kain cotton dan tahun nie temanya ialah baju jalur jalur. act, aku tak reti nak describe baju tu camno. design baju kitorang tahun nie sama tapi warna yang berbeza.

kalau yuna kata di setiap gambar ada lagu, bagi aku pulak, di setiap gambar ada cerita sendiri :')

hihi, here my beloved family :) pssst, kami tahu kami macho. eh? XD

le awesomeeee siblings :p

le big family of abah ;)

le big famliy of mak :)

le we, En. Haji Shariff  awesomeee grandchildren :)

le family with atuk ;) *time nie alang takdo, dah pi masuk kerja.

Alhamdulillah, aku gembira sangat raya tahun ni. aku pun tak sure kenapa but i do love it. seronok dapat berkumpul sama-sama. macam family aku ni tak tahu lah tahun depan boleh lagi ke tak beraya cukup family members. yelah, kalau akak aku dah kahwin nanti mesti ah raya bergilir-gilir. hmm. but, takpe. at least raya tahun nie dapat gather sama-sama. bergambar sama-sama. snap setiap kenangan yang terjadi. act, banyak lagi gambar tapi untuk entry kali ini cukup kut. hihi. eh eh jap jap. macam nak tepek satu lagi gambar je. promise, last picture untuk this entry. haha

le we, family with undang luak rembau :)






kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!






seriously, kau nampak comel buat rambut camgitu ;)

Friday, June 8, 2012

aku gadis kampung :)

assalamualaikum!!

hye there. how's life? aku punya life korang jangan tanya ah. kelam kabut. mana tak nya, naik cuti ni aku kena ganti baju sekolah putih ke warna purple. dah pergi beli kain, dah potong, tetiba balik rumah tengok kain tu takde. rupanya auntie tu tak kira sekali. choii. nasib baik. kalau dah kira tapi kain tertinggal naya je. lagi satu, kalau tak buat kerja last minute tu jangan korang panggil aku Athirah. panggil aku adik maniss -,- phieww~ tergesa-gesa aku try menyiapkan homework add math yang mulanya tak lah banyak, tapi bila dah dua minggu punya kerja nak siap dalam dua hari memang sesak ahh. *jangan tiru perangai ini*

okay, back to the title.
masa hari ahad minggu lepas, aku balik kampung. mak masak-masak dulu sebelum balik. ingatkan nak balik makan dekat rumah tapi rupanya mak nak picnic dekat dusun durian atuk. kebetulan, dusun tu baru dibersihkan. so, tengah hari tu kitorang lunch anak-beranak dekat dusun atuk! tapi, abang aku je yang tak dapat join sebab dia sibuk nak pi makan nasi minyak kawan dia. *bangteh, kawan anda sudah, anda bila lagi? ;p* memang agak panas jugak lah masa tu. atuk pulak pergi kopek durian lagi. haha. memang seronok. lepas tu dekat dusun tu ada anak sungai. well, anak dara pakcik Rahim memang excited kalau jumpa scenery yang berunsur alam semulajadi nie. nak tahu apa kitorang buat? ahaaa, memang bukan Mr Rahim's family lah kalau tak bergambar kann? hiewhiew. disebabkan angah dah sukarelahati nak snapkan gambar kami.... so, let's the pictures speak for themselves and i'll help it with some captions ;)

le pangkin 
le durians
le angah, le along, le atuk :)

le favorite picture of me :')
le along and my beloved mum :)
le me yang konon-konon nya ganas ah pegang parang tuh -,-

lepas makan, snapping, tiba-tiba dengar bunyi guruh pulak. ah sudahh. nak hujan. cepat-cepat berkemas. ingatkan sempat ah nak naik atas masuk kereta. time tinggal sikit lagi nak siap kemas tu, hujan berderau turun. semua apalagi, pakat berebut naik atas pangkin lepas tu jerit pondok atuk bocor, pondok atuk bocor. semua diam bila abah dah buat pandangan 'mengoda' dia. HAHA *sigh* akhirnya, setelah menunggu sambil memekak dekat pangkin tu, hujan pun mulai reda. so, semua berangkat balik ke rumah atuk :) aku akan rindu semua nie nanti :')

last but not least..
le me the gadis kampung :')



kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!



aku mimpikan kau malam tadi :') kau rindu aku ea?

Wednesday, May 30, 2012

hari hari hari ibu :)

assalamualaikumm!

hye there. phieew~ agak mengada ye perangai tuan punya blog nie. kemain lama berehatnya sampaikan blog dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. sibuk sangat melayan pencicip yang baru dibuatnya tuh. semua benda yang terlintas di hati semua di cicipnya. haha. enough, back to the title pleaseeeeeee. firstly, yeahh story nie dah lama. tapi aku tetap jugak nak updated. eyh, suka hatilahh. blog aku kann? :P

okay, seperti yang semua orang tahu 13hb May 2012 merupakan hari ibu. so, pada hari berkenaan my siblings and I buat plan untuk celebrates it. kebetulan masa tu ada kenduri pula dekat KL jadi semua berangkat ke KL. masa on the way to kenduri, kitorang sesat. seriously, dekat 3 kali pusing jalan yang sama. dah lah masa tu semua tengah lapar. lepastu keluar lah ayat dari mulut masing-masing, "eyh, macam pernah lalulah jalan nie tadi" "aku laparrr" haha. lepas lama sangat pusing-pusing jalan, akhirnyaaaaaaaaaaa. sampai ke tempat yang dituju. sampai je, terus makan tengah hari walhal time tu dah pukul 3 -,-

 mula-mula plan macam nie, lepas tu plan macam tu, lepas itu ini begitu begini akhirnya sepakat untuk celebrates dekat rumah pakcik and then baru pergi dinner. dah alang-alang my makcik pun merupakan seorang ibu kepada tiga orang hero kampung jadi kitorang celebrates lah dia sekali. so, after maghrib kitorang pun apa lagi. set upkan kek atas meja, keluarkan camera dan panggil semua family members untuk celebrates. yang paling excited of course hero kampung makcik yang twins tu. :D

bunga ros yang tiga kuntum tu dapat dari bangla yang kerja kat petronas sempena hari ibu. awww~ so sweet ah itu bangla >,<

the twin, Hazman and Hazmi. see, depa yang terlebih excited -,-

sila tergoda dengan kecomelan adik si twin, Hafiz :)

mak, you're the best mother in this world. no one can replace you in our heart :)

si twin nie memang, dia pula yang jobo nak potong kek. haha

okay guys, ready to see our action in front of the camera? let's go baby! disetiap gambar, ada cerita :)

1
2
3
4 *kay, budak cenonet 2 orang nie sempat pergi lari ambil pelampung depa buat props. :'D
5

act, banyak lagi tapi cukuplah itu aja. now, dekat restoran Tupai-Tupai pulakkk. ready? let's rock baby!

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10 *ouh, ini bukan hantu atau jembalang. tapi ini si dedek buat muka comel dapat makan aiskrim and mintak kena cium :*
last but not least, MAK.ILOVEYOU, UNTIL JANNAH, insyallah :')


okay, that is it. thank you Allah for all this gift for me. i'm very happy with my life. i have a mother who is very cares of me, a father who always protect me, a brother who always know how to cheer me, many sisters who always lend me their ears if I have something to share and many friends that always made my day :)


kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!




kerna aku cinta, aku lepaskan kau sama orang lain :')

Thursday, May 24, 2012

beri aku waktu....

assalamualaikum!!

hye world. how's life? hamboih trah, kemain kan title. taknak kalah. hiwhiw. terasa lama gila tak updated entry baru. as usual lah kann, ayat cliche aku ---> busy. eyh, tapi kali ini bukan sekadar ayat cliche ea, but kali ni memang super duper busy. haha. why? for the last three week i was seat on examination. 23 paper selesai dijawab dan alhamdulillah akhirnya peperiksaan dah tamat. tamat lah sangatkan? padahal baru midyear punya exam. bagai nak gila menjawab exam. rasa macam tiga minggu tu memang minggu yang takde life. brrr~ kay, enough trah. merungut macam hape entah. padahal diri sendiri yang cari bala. boleh pulak malam nak exam baru terhegeh-hegeh study kan? serve you right :p

banyak sangat cerita nak share tapi biarlah aku membalas dendam menghabiskan saki baki sekolah sebelum cuti sekolah bermula! yeahhh. diulang, CUTI SEKOLAH bermula. bagi kanak-kanak riang yang merupakan pelajar sekolah, perkataan tu lah yang paling kami suka. hiwhiw. mana taknya, exam baru habis lepas tu nak cuti sekolah pulak. haha. dengan ini aku mengumumkan bahawa aku akan bercuti tanpa homeworks yang menggunung. ohh, what a heaven words to say.cuma, homeworks yang bertangguh lama tu je lah yang kena siapkan. aku harap sangat yang cuti kali ini berguna untuk aku. harap sangat yang aku tak membuang masa macam tu aja.
sorry, ini entry warm up ajee. berikan aku waktu untuk kembalikan nafsu berblogging aku ea.


if I was your girlfriend :')



kbye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!



seriously, terkesima sekejap tengok kau tadi <3

Friday, April 20, 2012

Kem Nur Sungai Merab :)

assalamualaikum!!

hye there. how's life? wahhhh, teruja tak bila tengok aku updated blog. tak? kfine, deactivated blogspot. hiwhiw *gedikface.jpg.*  okay, sebelum tu aku minta maaf sebab entry lawatan yang aku cakapkan tu belum dapat aku publish sebab gambar takda lagi. nanti kalau gambar dah ada insya-Allah aku publish.

macam yang korang tahu, aku baru balik dari kem PRS dekat kajang tu. one word for the camp is awesomeeeeeeeeeeeeee!

from left: abg Mus, cikgu Rozita, cikgu Jinggo, cikgu Aziah, abg Wan, abg Anuar.

okay, sampai sana kitorang terus diperkenalkan dengan abang-abang diatas dan cikgu Jinggo. diorang memang best! fyi, abg Mus and abg Anuar merupakan seorang mahasiswa yang mengambil course undang-undang! masa aku tahu tu, aku macam....wow! serious aku teruja. so, ada lah sekali tu aku cakap kat abang Anuar yang aku nak jadi lawyer. nak tahu dia jawab apa?

"tak payah lah awak amik course tu. kalau awak betul-betul tough boleh lah awak amik. kalau nak tahu, dekat fakulti abang tu 11 orang dari 111 orang je melayu. memang tough kalau tak boleh nak bawa"

cehhhh, aku ingatkan dia nak bagi kata-kata semangat ke hapa. tengok-tengok dia cakap camtu. ter-down sikit semangat aku. fail -,- 

oaky, pictures dibawah adalah semasa sessi ice-breaking. dari pagi sampai petang.

seriously, time nie aku dengan dak Jun memang tengah tahan gelak sebab kitorang kena dancing yawww!

main pass-pass getah guna straw.

main pass-pass syiling tanpa menjatuhkannya menggunakan jari telunjuk.

this two games are called taliku, talimu XD

traffic jam. k, game nie memang aku tak tahu sampai sekarang sebab masa game nie dimainkan group kitorang tak pernah menang, diulangi. TAK pernah menang *shedtears.jpg*

dancing againnnnn!

then, bila dah petang sikit around 3 someting like that lah kitorang berkumpul dekat padang. at first, dia suruh tepuk-tepuk tangan, buat trademark kumpulan. after that, semua kena tuck in kan tudung and baju. okay, ingatkan dia nak suruh ready untuk masuk lumpur. butttttt, the adventure beginssssssssss!

jambatan manusia.

the tasks.

and the most 'exciting' things is......... MASUK LUMPUR!



balik dari 'berkubang', kitorang mandi, tukar baju and panjat bukit Tonggek. kenapa nama bukit tu bukit Tonggek? jawapannyaaaaaaa...

see! cerun gila jalan nak daki bukit tu. serius memang kena tonggek nak naik bukit tu -,-

us on Bukit Tonggek :')
sesi refleksi, luahan rasa, nangis-nangis and singing :')


malam harinya pulak kitorang ada night walk. tapi before tu kitorang ada catwalk and play games.

catwalk :)

nightwalk :)

balik dorm, dapat jea bantal aku terus tidur. haha. exhausted gila! pagi esoknya, senamrobik, poco-poco Thailand, tarian Xi Shua Shua, jambatan manusia, gama Fire, Haunter, Earth Quakes dan rebut botol. breakfast, play 'Ayuh Ping Pong Piang' game, packing, lunch, solat, sesi luahan rasa, penyampaian hadiah,  and bye-bye Kem Sungai Merab :')

senamrobik :)
poco-poco Thailand :)
fire, haunter, earthquakes game :)
again, jambatan manusia :)
rebut botol :)
Ayuh Ping Pong Piang :)
*ingredient untuk denda tu, tepung + air + sirap*

luahan rasa :')
nyanyi dan nangis :')
saya dapat hadiah :)
*whoaaaa. yang bagi hadiah tu pulak abang Anuar yang merupakan lawyer sivil :')

last but not least, PRS at Kem Nur Sungai Merab :')


p/s: entry paling banyak gambar? hahha
kbye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!!



 I am strong when I am on your shoulder :)