Friday, December 30, 2011

yang terakhir :' )

assalamualaikum!!

hye there, aku pun tak taw apa yang merasuk fikiran aku sebab tetiba aku terajin pulak nak mengupdated blog. ya, ini adalah yang terakhir. entry terakhir untuk tahun 2011. tahun yang banyak mengajar aku itu dan ini. tahun yang akan aku simpan sebagai salah satu kenangan terindah. tahun yang dimana berlakunya segala peristiwa tak kira manis mahupun pahit. aku bersyukur sebab dapat terus bernafas sehingga kini. merasai kegembiraan dan kesedihan dalam tahun ini. dan tak sangka, hari esok akan menyaksikan yang aku bertambah dewasa. sejujurnya, aku sendiri tak percaya yang aku akan melangkah ke usia 16. rasa macam baru semalam aku main kejar-kejar dekat koridor blok darjah satu. hihi.

ntah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih nak tinggalkan 2011. seriously, aku sebenarnya taknak berganjak dari tahun ni. aku sedih nak berpisah dengan kawan-kawan aku. ye, tahun depan kebanyakan akan berpindah untuk kejar cita-cita masing-masing. dan aku akan merelakan perpindahan diorang dengan hati yang berat :') Allah dan aturkan semuanya. setiap pertemuan mesti ada perpisahan kann. macam tu jugak dengan 2011. aku takkan jumpa lagi dengan 2011. hanya tinggal kenangan je yang boleh aku simpan dan aku kenang nanti. aku berharap agar aku masih diberi peluang untuk bernafas dalam tahun 2012 nanti. dengan azam yang baru, niat yang baru. segala yang baru. aku nak jadi yang lebih baik dan aku nak jadikan tahun 2012 tahun yang lebih baik dari tahun 2011.

oke lha. aku pun tak taw ape yang aku merapu panjang-panjang nie. hehe.




bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!


yang sentiasa rindukan kau,

Wednesday, December 28, 2011

itu ini begitu begini ~

assalamualaikum!!

#now playing : itu in begitu begini-mirwana feat altimet

hye there. sila marah trah rahim sebab dia tak tepati janji. kengkonon nak updated blog esok (selepas entry terdahulu), nak compilekan entry pasal pi jalan-jalan lah tapi habukk pun tarakkk. pastukannn, nanti mesti dia akan kasi alasan yang kengkonon taknak updated blog sebab nak menyendiri sebab result baru lepas keluar pastu tak dapat straight A's.. dia dapat 7A 1B je. B dia geografi. padan muka, tak pasal-pasal kena perli dengan abang ngan akak-akak dia suruh hafal peta dunia. haha. tacink dengan laman social lha kengkonon nye. padahal......... lepas je dapat result, duduk dalam bilik, nanges-nanges, jawab telefon orang tanya result berapa, terus dia online facebook. tak aci sungguh. blogspot tak sentuh pun. blogwalking pun malas. marah diaaaaaaaaaa. HAHHA.
#nie trah rahim versi nakal. dia dengki ngan aku tu. hha. abaikan dia.

so, hye there. what's up? hehe. sorry lha sebab aku tak updated blog haritu. aku admit lah, ntah kenapa sejak dua menjak lepas result keluar nie aku jadi malas nak updated blog. bukan setakat updated, nak blogwalking pun jauh sekali. haha. oke. sila salah kan anwarhadi sebab dah postkan lagu itu ini begitu begini kat page dia sampaikan aku tak habis-habis nak dengar lagu tu. siap letak title entry pun tajuk lagu tu. hehe.

ok, masa haritu, ntah aku malas nak tulis haribulan.. hikhik aku, mak and ina ikut abah pergi mesyuarat. kemain jauh sekali mesyuart nye. tu, kat lanjut pahang nun. haha. kat sana best oii. ade ombak, ade swimming pool besar, ade biskal, macam-macam adeee.

gambar abah takde, abah malu-2 nak snap. hikhik

swimming :)

kengkonon photoshoot ;p

cycling, jogging, and snapping ;)

subhanallah, the view :')


act, lepas pergi pahang nie, aku ade pergi undang luak rembau punya family day pada 21-22. tapi malangnya, disebabkan esok dah nak amik result (22) aku dah takdo mood nak bergambar bagai. disebabkan butterflies yg banyak giler dalam perut masa tuh. so, gambar tak banyak dan aku malas nak upload. kihkih. aku ada rakam dato' undang nyanyi oii. bukan setakat satu tapi dua lagu dia nyanyi walaupun time tu dia tak sihat. hehe. sampai sini je lha. result aku si trah versi nakal tu dah announce kann? haha. tu je yang aku termampu dapat. alhamdulillah, aku bersyukur. terima kasih Allah :)


bye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!



budak perasan comel,

Tuesday, December 20, 2011

pijama party ♥

assalamualaikum!!

hye there, how's life? rindu aku tak *panggg* hehhee. sebenarnya aku nak post entry pasal aku pergi feeling ombak rindu dekat pantai.. tapi nanti entry tu aku compile kan dengan activiti hari esok lha ea. esok ade ape? ha, nnti aku cerita. bolehh kann?  oke, back to the title. semalam aku telah mengadakan pijama party. hoi trah, tak payah nak ber'pijama party' bagai lhaa. hikhik. act, aku ajak nurul tido rumah aku je. petang tu dalam pukul 2 lebih dia datang. then, kitorang borak tak hinggat. petang tu pulak aku pun ajak lah dia pergi beli pisang goreng kat depan rumah tu. kitorang borak-borak lagi. on the way sampai gerai tu kena lalu our best friend's house. pastu tah macam mana kitorang boleh singgah pulak rumah dia. lepas chil-chill dalam rumah dia, aku pun ajak lah dia tido rumah aku.

Allah dah atur semuanya. alkisahnya nak beli pisang goreng tapi tiba-tiba terangkut sekali nazuha bawa balik rumah. hikhik. bila sampai rumah, bermula lah aktiviti seorang perempuan. hahaa. kitorang have a veryyy long conversation okayy. macam-macam cerita yang kitorang share. dari zaman tok kaduk sampai lah dah besar panjang nie :') malam nya pulak lepas makan kitorang terus masuk bilik. bentang tilam, solat, lepas tu masing-masing meyiarap depan lappy nak layan movie. 

lepas layan movie, masing-masing pakat taknak tidur. kononnya nak pillow talk sambil dengar background song lha. last-last dak nurul dengan nazuha nie pergi 'pillow talk' dengan pakwe masing-masing. aku pun macam ==' sabar jelahh. lepas diorang ber'pillow talk' dengan pakwe masing-masing kitorang pun tengok jam. alahh, baru pukul 2. kitorang decide nak tengok lagi satu movie, tapi takde subtitle lah pulak. last-last layan Spontan yang tah sapa yang download dalam lappy tu tah. sampai pukul 3, aku surrender. mana taknye, esok nak masak bagai lha. perlukan tidur yang cukup. hahaha, dak dua orang tu melayan komik sampai 3.40. last-last semua berdengkur sampai pagi :)

nurul, nazuha #nie zaman tok kaduk nie, sekarang semua dah besar panjang :')
babes, thanks sebab sudi tidur rumah aku, share cerita dengan aku, masak-masak dengan aku, layan movie sampai pagi dengan aku, memekak-mekak dengan aku, gelak-gelak tak hinggat dengan aku. And the most important thanks sebab masih berkawan dengan aku dan ingat dekat aku :'D



bye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY !




p/s: hohohohoiiiiiiiii, result keluar esok punya esok lhaaa.
 jantung aku dah dupdapdupdapdupdapdupdap dah nie,
ya Allah, kau berilah yang terbaik untuk ku :')



   
saya sayang kawan saya,

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rinduuu,

assalamualaikum!!

hye there. just a short updated cause lepas solat jumaat nie aku nak gerak pergi Klang dengan family sebab malam nie cousins aku nikah. semalam punya semalam eh, rabu lepas kann aku, pu3, jun, syura, kak qis dan abang K<--- pakwe kak qis ;) *nama sebenar aku rahsia kan takut kena kejar ngan kak qis* pergi menonton Ombak Rindu. alahai, melting whoo tengok Aaron..

 oke, story tu over all oke lha. tapi disebabkan aku nie dah hampir 7 kali mengkhatamkan novel ombak rindu tu aku rase macam tak puas lha tengok movie dia. maybe sebab aku expect yang movie tu bulat-2 ikut novel kut. tapi, tapi, tapi. syabas lha aku ucapkan dekat Aaron, sebabkan adalah salah satu scene dia yang buat aku touching meleleh weii. pu3 ngan syura budak jiwa kering tu boleh pulak tanya bila citer tu nak habis. sengal. dah pulak tu, tengah syok feeling boleh pulak satu panggung tu gelak-2 disebabkan scene-2 yang tak kelakar tapi disebabkan reaksi muka artis tu buat kitorang gelak.. hambik kau, ombak rindu bertukar jadi filem komedi. hikhik.

us. terima kasih sebab sudi berjimba dengan aku and bergelak sampai sakit perut dekat pizza hut, tengok cerita ombak rindu pun gelak-2. heheeee. thanks <3 #gmbar abang K kena censored, almaklum.. retisss. hikhik. *kak qis, jangan marah ;)


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!





cinta tak kejam, 
tapi manusai yang tak reti menghargai cinta  

Tuesday, November 29, 2011

so sweeettt :)

assalamualaikum!!

hye there! act, aku tak berhajat pun nak updated blog harini. tapi disebabkan adik aku pegi godek-godek facebook, pastu terjumpa pulak Zahiril Adzim and Syera Aiyob punya picture kahwin and i was like, nak updated kat blog lhaaa! haha, untuk pengetahuan semua, aku memang takde kena mengena langsung dengan pasangan pengantin nie ea. takde bau bacang ke, bau mangga ke, durian ke, memang TAKDE. so, jangan lah korang duk pikir aku nie sepupu sepapat depa. aku taw, aku memang agak ketinggalan kut. alah, biar lhaa. I just wanna share this to you all cause i think it was veryy sweet dude. taw tak rase gula yang maniss tu? taw? haa, lagi manis dari gula. *toink! melebih pulak. hikhik

oke, jom ushar gambar diorang! *alahhhaaaaai, sweettnyeeeewww. < ----- oke, gedik. haha

per-wedding picture kut. *correct me if i was wrong :)

lawaaa. PURPLE <3

alahai, sweet...... *melting! hahaa.

oke, gambar kat atas nie masa Zahiril baru lepas bacakan puisi untuk Syera.
*puisi ini dibaca diiring oleh lagu I will always love you by Ungu :)*

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”


*alahai, jom melting sama-sama. :')

bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY!!


#picture, credit to Armand Photography, puisi cilok dekat Hafiz Atan.
 video kahwin click this and this :)
** Saya nak dia jugak nanyikan untuk saya setiap hari satu lagu, boleh tak? -Syera Ayiob- 





I will be the last for you
and you will be the last for me 

Tuesday, November 22, 2011

Kaulah yang satu, menjadi sahabatku ♥

assalamualaikumm!!

hye there. how's life? oke, sekarang nie aku hanya tinggal berdua je dengan adik aku. mak dengan abah aku pergi dating. eh, bukan-2. pergi khursus lahh. hikhik. ni pun baru lepas habis masak untuk lunch. oke, back to the title. ingat tak entry aku yang dulu? alah, yang aku cakap nak bancuh air lha, nak iron baju lha. ha, ni nak cerita lah ni.

act, aku ingat nak updated entry nie semalam punya semalam tapi akibat tahap kerajinan yang kurang memuaskan, aku updated lah hari ni. oke, straight to the point. masa hari jumaat lepas, kami pelajar 3 pluto, Uress melaksanakan plan kitorang untuk buat jamuan akhir tahun. honest to said yang jamuan kali ini agak hambar dan menyedihkan : \. sebabnye, ramai classmate yang tak dapat nak datang sebab time tu hujan. cikgu-2 yang dijemput sepuluh orang, tapi yang datang 2 orang je. tak ke sedih.. tapi.. over all, jamuan ni ok lha. itu je yang mampu aku cakap. iskisk, sedihh. dahlah tahun depan nak naik form 4, takut nanti dah tak dapat sama sekolah. takpelahh. mungkin ade hikmah disebaliknya. oke, stop dah emo-2. jom kita check it out pictures yang di snap oleh dak tyrah riduan guna camera aku. oh, putri budak dslr tu tak dapat datang sebab atuk dia meninggal. sebab tu lah tyrah riduan yang tak memasal jadi photoG bidan terjun.


♥ muchiee ♥♥


♥ sayang-sayang saya :') 


♥ kesayangan hamba. jangan ambil dia dari saya. promise? 
#see, aku sempat main tukar-2 tudung lagi. shawl basah, terpaksa tukar bawal.


done. cukup lah untuk hari ni. nanti kalau tahap kerajinan aku pada paras yang tinggi, aku update lagi ea.


bye, 
THANKS FOR READING THIS ENTRY :) !! 





p/s: guys, promise me yang nanti kita akan gather sama-sama lagi 
and semua akan ada. :\


Thursday, November 17, 2011

Bulan Sabit Merah :)

assalamualaikum!!

hye there. rindu aku tak? *ecehh, bajet retiss. oke, just a quick updated from me sebab ada banyak kerja yang nak kena buat untuk petang nie. petang nie ada ape?? haaa, tunggu next entry oke.

oke, harini aku just nak share pasal kem pertolongan cemas yang aku sertai selam 3 hari 2 malam dekat pusat kokurikulum Rembau. act, nie bukan lha kem yang kena masuk hutan, tido khemah, main burung hantu. tapi kem nie lebih kepada study pasal pertolongan cemas. sebab kitorang akan seat for some exam masa kat sana. tapi kem nie best weyh. sebab ada kem komanden yang kitorang panggil ibu. ibu nie chill gile weii. sempoi je. pastu kitorang di 'jaga' oleh QM yang merangkap senior-2 masuk air sekolah kitorang. ouh, kem nie peringkat daerah. tapi yang paling ramai uress kut ;)

hari first tu pulak takde air. what the. memang sesak nafas jugak lah pikir macam mne nak stay without mandi selama 3 hari! haha. tapi air kat sana macam biskut pulak, kejap ade, kejap takde. tapi over all aku tetap mandi ea!

fine, aku tak nak celoteh panjang-2. lagipun aku tak siapkan lagi barang untuk petang nie. air tak bancuh lagi, baju tak iron. eh, bukan ke nak citer benda nie kat next entry trah. heheheh! btw, jom tengok gambar-2 yang di snap kat sana. gambar nie semua credit kat ibu ngn kak pynaz. aku tak bawak camera pun sebab malas nak charge ;)

ibu :)

kakak-2 QM merangkap senior yang masuk air ;)
uressian :)

the best moment <3 #semua comel  ! *ce cari mana aku.. kalau betul aku bagi lolipop chupachupp. heeee~


Friday, October 28, 2011

di Tagged :)

assalamualaikum!!

hye world. act, dah 2 orang hamba Allah tag aku benda niee. dah lama jugak lah aku tak buat benda alah ni. eh, tak nak lah lengah-lengah lagi.. let's start the game!


The rules ;)
-You must post this rules 
-Each person must post 11 thing about themselves in their journal
-Answer the question the tagger set for you in their post.And create 11 new questions for the people you tagged to answer .
-You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
-Go to their page and tell them you have tagged him/her.
-No tag backs.
-No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people .

11 things about me :)


# known as Trah Rahim 
# going to be sweet 16 next year
# single, but not searching. Allah represent me 
# i'm pretty sure that i'm a friendly person ;)
# be nice with me and i'll be nice with you
# i love my mum, my dad, my siblings and my friends 
# i do love dreaming ^_^
# i wanna be a lawyer 
# ouh, i love PURPLE !
# music lover? yes, it's me
#  i'm just beautiful me. hate me? it's up to you :)


question from adik zatiee



- How many time you sign in your blogger in a day?
# erm, at least 1 times a day. 
- What is your favourite food?
# asam pedas and masak lemak cili api 
- Boyfriend or Bestfriend? Why?
# bestfriend of cause. bestfriend will there beside you in a good and bad times :)
- Who I am to you? 
# my junior at school. and a sweet little friend *toink.
What is the most valuable gift you ever could?
# birthday presents from my friends on my 15th birthday 
- Your 'bitter'guard memories? :D
# lost my grandmum ang grandad ;'(
- What you like about me? 
# you're a kind and pretty girl. you know?
- What you hate about me?
# you're cute! HAHHAHA
- What is your unforgettable memories with your beloved lover?
# beloved lover? ohmaiiigayyyy. can i escape from this question? ok, gedik. riding a rollercoster together 0.0
- What is the most thing you want in your life ?
# be a lawyer and take my parent to perform their haji 
- Did your dream come true?
# maybe.
- Which social web you spend the most?why? why? why?
# facebook for sureeeeeee. why? oh, don't ask me that question because i don't know why. hikhik

question from kakk lieyaa

1. Have you take a bath?
# nope. hehehe
2. What is the brand of your laptop or computer that you're using just now?
# pink ASUS
3. Who do you love more? Friends or cousins? Why?
# friends maybe. because they spend more time with me than my cousin. but i still love my cousins.
4. Single or taken?
single, mingle, pringleee *toink.
5. Which one is the best, Facebook or Blogger? Why?
# oh, can i answer both of them? hikhik. don't ask me why cause i don't know why.
6. Which one are you closed to? Parents or siblings? Why?
# both! because they are my heartbeat <3
7. Who I am to you?
# a senior at my school but not even like a senior. hoho
8. What is your favorite stuff?
# my purple slipper :)
9. Which one would you choose? McDonald or Pizza Hut?
# McDonald
10. Who do you admire?
# my mum <3
11. Boyfriend or bestfriend? Why?
# bestfriend of cause. bestfriend are God’s way of taking care of us..
___________________________________

11 question from me..
~ your full name please..
~ when you start blogging?
~ what is the best thing that you ever had?
~ do you love to be my friend?
~ do you happy with your life? why?
~ when was the last time you cry? why?
~ what do you think about me?
~ what is the most precious moment that you ever had?
~ nasi lemak or steak? why?
~ name(s) of your bestfriend(s)
~ single or taken?

so, good luckkkkkkkkkkk. #sekarang memang trend tulis huruf panjang-2 ke hape =='

bye,
THANKS READING THIS ENTRY!!

cibun punya cimok,

Sunday, October 23, 2011

Majlis makan malam amal :)

assalamualaikum!!

hye world.. semalam (22.10) sekolah rendah aku iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Undang Rembau ada buat majlis makan malam amal. dah sah-2 mak aku gpk kat situ kan, memang kena pegi lha. fyi, makanan yang disajikan kat sana adalah dari Restoran Rebung. alah, restoran chef ismail dengan Sheikh Muzaffar lhaa. makanan dia taklah sedap sangat. entahlah. aku rasa mak aku masak lagi sedap kot.



aku rasa tak nikmat sangat lha food diorang. rasa macam makanan tu lalu je kat esophagus. sampaikan persembahan kat depan tu lebih attract daripada makanan. aku pulak lebih rela jadik photographer walaupun yang lain-2 tengah sibuk melantak..tapi pelik pulak aku, walaupun aku yang jadi photoG, gambar aku tetap banyak. ngeeee. mana taknya, sekali aku snap gambar akak aku, 10 kali aku suruh dia snap gambar aku balik #toink!

tapi, tapi, tapi. walaupun makanannya taklah setanding mak aku masak *mak, ira puji mak niee* persembahannya boleh layan lhaa. walaupun budak-2 sekolah je yang entertain kitorang, tapi serius terhibur. lagi-2 kitorang duduk memang betul-2 depan pentas. memang siyookk lhaa.

so, dah ready nak scroll gambar-2? jom!!

alololo, comelnyee. parents sape lah nie ;)

my outfit :)

from left: nur adlina, nur afiqah, nur ain, nur anis. eh, nur ainaa dan muhd afiq tidak hadir. 

sapa nampak macam kakak, sapa nampak macam adik? ce teka.. sape teka betul aku bagi gulagula seposen #tipu!

daripada banyak-2 no, satu no je yang sangkut! bantai lha sengkuang..


sampai situ jelah kut. eh, deepavali nie aku cuti seminggu. #dah macam aku pulak yang nak sambut depavali, kemain lama cuti nyee =='

bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!



si kacak,





Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday#6 | Hari Raya

assalamualikum!!

#raya pertama | my loves <3
kesayangan hamba :)

#raya kelima with undang luak rembau :)



p/s: dah nak aidiladha baru updated pasal aidilfitri =.=

BYE,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!

budak hansome,


Tuesday, October 11, 2011

terima kasih untuk...

assalamualaikum!!

27082011


♥ untuk semua yang wish birthday aku, terima kasih banyak-2.
untuk t-shirt domo, terima kasih Asyura Asyifa'.
untuk t-shirt cream, terima kasih Jun Aina.
untuk tabung teddy, terima kasih Niesa Afrina.
untuk novel jiwang, terima kasih Putri Khaleeda.
untuk shawl kelabu and rantai capital A, terima kasih Eika Nursyafika.
untuk musical ball, terima kasih Mirza Ayman.
untuk bear kecik comel, terima kasih Ain Najla.
untuk coklat cadbury yang tiada dalam gambar, terima kasih Ibrahim Azmi.
untuk tulisan 'happy birthday' kat kotak dan bakal hadiah, terima kasih Azzhan Mazlan.




ouh, I do love colourful !!! 




BYE,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!

Monday, October 10, 2011

NG002K006 #perang dah tamat :)

assalamualaikum!!

hoi,hoi,hoi. rindu aku tak? #hamboi,sopansangalahpanggiloranghoi,hoi,hoituh. heheh. i'm back. huh. setelah hampir sebulan lebih bertapa dalam bilik yang penuh dengan buku, akhirnya aku bebas!! hahaha. bertapa? bertapa lah sangat.puiih. bukan ke sehari sebelum paper math sempat tengok Boboiboy? hehhe. #kantoi. alah, boleh dimaafkan lah. sebab orang lain sehari before nak exam demam, tapi aku, sehari before habis exam demam. haih. takpelah. Allah dah rancang yang terbaik untuk aku.

ha, untuk pengetahuan korang, aku baru sahaja habis exam. exam ape? PMR. haha. amacam? alhamdulillah. semua berjalan lancar. walaupun paper BM kertas 2 aku macam tak konfiden tapi aku serahkan semua pada yang Maha Kuasa. doakan lah aku ye.

agak kekok sebenarnye lepas sebulan lebih tak ketakketuk keybord nie. cehh, ayat tak nak kalah. kekok konon. takpe-2. entry nie baru entry warm-up. kita tunggu next entry.

tatap lah dulu gambar my twin cousins and my niece. gambar orang lepas abis exam nie lain sikit rupenye. nanti tak pasal-2 ade yang kejung sebab tengok gmbar aku. hehehe.


sekian,
orang merepek,
BYE,

Saturday, August 13, 2011

Nafsu yang tak terkawal...

assalamualaikum!!!

hye there! wah, bukan main sekali korang cepat-cepat click title nie kan! haha. amacam puasa korang? oke? ahaaa, hari ini dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. siapa yang tak cukup 13 hari,angkat tangan!! #jgn risau aku tak nampak pong! haha. bila dah bulan puasa nie mesti dah pikir pasal raya kan? tak payah nak segan-segan mengaku lah sebab aku pun macam tu jugak ;p. eh, lupa nak cakap. aku dah abis trial PMR! yeppiii! pre-MERDEKA sebentar. heee~

title kat atas tu sebenarnya merujuk kepada apa yang berlaku hari ini. chhettt, jangan pikir lain lah. aku belum abis taip lagi. alkisahnya, aku and family pergi bergonjeng bershopping. alah, biasaaalahh. dah nak dekat raya. bukan main sekali kitorang tawaf keliling jusco tuh. sekejap kesini. sekejap ke sana. nak fit baju jangan cakap lah. ramai gila. kena lah beratur. nak masuk fitting room macam nak pergi mengundi #hiperbola. lama jugak lah kitorang kat situ. mana tak nya, anak pakcik Rahim kan ada tujuh orang. sorang punya baju je nak carik dekat sejam. puiihh, melecet kaki bila balik rumah ==' #tulah, shopping tak hingat! walaupun penat tapi kitorang happy. gelak tak hinggat, shopping tak hinggat, masuk fitting room sampai 2 org. troli penuh tak hinggat. bergambar pun tak hinggat.. masing-masing buat muka innocent bila ada orang pandang.

memang bukan belog trah rahim lah kan kalau tak post gambar? so, here they are!

#meet Mr and Mrs Rahim daughterS ! 

#meet the one and only Mr and Mrs Rahim son!

#meet Mr and Mrs Rahim..anak bujang mereka belikan mereka jam <3

masa dekat depan kedai jam ni, aku pun saje mengendeng kat bangteh..

aku: bangteh, birthday aku 27.8 taw. tiga hari sebelum raya taw. aku taknak lebih lha, swatch pon boleeehh! #sambil kelip-kelip mata konon-konon comel.

bangteh: #sengih-sengih. 8A PMR dulu.

aku terus GULPP! insya Allah. aku akan cuba. bukan sebab nak dapatkan jam tu, tapi sebab tu memang impian aku. korang doakan lah yea :)

orang lain sibuk beli baju raya, kitorang sibuk peluk bantal baru. heee~

dekat jusco ade buat promotion. sape yang beli above rm100 dapat satu kupon rm5. oleh sebab kitorang ini shopping tak hinggat, kitorang dapat 16 kupon ! sapa nak bagi rm80 macam tu je weyhhh, kau ade? hahaha. jadi, jikalau anda belum bershopping tak hinggat, silalah datang ke Jusco berhampiran untuk merebut promotion lumayan ini. kupon ini sah sehingga 31 august. #sejak bila aku jadi promoter tak bergaji Jusco nie?
#model tak bergaji Jusco :)

#the kakakS ! kau mampu bergambar potrait dalam kereta sementara tunggu traffic light bertukar hijau sambil diperhatikn orang sekeliling ? hahha.

kitorang pegi 2 kereta sebab tu boelh bergonjeng amik gambar. kalau tak, tak pasal-pasal kena sound dengan abah. hehe. masuk je kereta, tak sampai 10 minit aku dah lelap. penat kot! dah lah puasa. kaki tak payah ckp lah, aku pakai sandal je kot, dah merah. sabo jelhaaa! sampai rumah, dah pukul 7. mak uiiih setengah jam lagi nak berbuka #NS berbuka pada pukul 7.30. harap maklum. tak sempat mandi, terus berbuka. terawih pun kat rumah je. tak larat nak pegi surau. tapi,tapi, tapi, kami seronok! yeeeeppppiiii!

bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !

Sunday, July 31, 2011

pulut coklat :)

assalamualaikum!!

hye world.. seperti post aku yang terdahulu, aku cakap yang aku ada exam kan? alhamdulillah, exam dah habis. boleh lah bergonjeng sekejap. oke, fine. untuk hari minggu ni je. masuk sekolah dah kena study balik. eh, isnin ni dah puasa kan? tak sangka, pejamcelikpejamcelik dah masuk bulan Ramadhan. masih terimbau lagi Ramdhan tahun lepas, masa majlis khatam al-Quran. kebetulan masa tu birthday aku. lepas habis majlis khatam al-Quran tu siapa yang sertai tadarus al-Quran dapat pulut, rendang and bunga telur. aku dapat pulut coklat dari si dia. #act, coklat tu rendang. hehe, tapi dia yang cakap coklat. llalalalalalla~

bila masuk bulan Ramadhan nie, macam-macam yang berada dalam fikiran. bulan yang penuh dengan barakh. Tapi cuba kita bayangkan, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. dah bersediakah kita nak tinggalkan bulan ini buat selama-lamanya? bulan yang cuma sekali dalam setahun. bulan yang menawarkan banyak ganjaran pahala bagi mereka yang berusaha mendapatkannya. aku bukan lah seorang yang terlalu arif mengenai agama, tetapi aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang mendidik aku tentang agama. aku sendiri baru menanamkan azam agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. mungkin ini adalah Ramadhan terakhir untuk aku. siapa tahu? 

bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. bila perut tak penuh, lagi senang untuk kita beribadat. biasalah manusia. imannya sekejap bertambah dan sekejap berkurang. adakalanya rasa berkobar-kobar nak beribadat, adakalanya rasa malas. berdoalah agar iman kita tetap bertambah. 

eh, kiranya malam nie lah kita akan dengar pengumuman puasa? fyi, aku and siblings selalu sangat excited nak dengar pengumuman yang kat tv3 tu. kitorang just panggil dia atuk je. hehehe. malam ni, insya-Allah ada solat terawih kan? jom sama-sama kita penuhkan masjid and surau. tak sabar nak puasa. nanti boleh bergonjeng pergi bazaar ramadhan . ngeee~

#spek baru <3 *thanks along :)
selamat hari raya, eh silap. selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)


bye,
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!

Thursday, July 21, 2011

Menghitung hari

assalamualaikum!!

hey world!. sekarang dah menunjukkan 12.05 pagi. aku mengambil peluang keemasan nie untuk mengupdated blog ketika kakakkakakku sedang sibuk layan cerita Anissa kat tonton.my sebab tadi tak diberi peluang tengok tv sebab abah dah menongok kat depan tv tu sambil tengok bola *malaysia kalah dengan chelsea*. huh. saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu. banyak perkara penting yang bakal berlaku. ada yang indah MUNGKIN. ada yang sedih, MUNGKIN. andai diri ini punyai kuasa untuk memberhentikan masa. tapi apakan daya itu hanya khayalan saja. terasa sekejap je masa berlalu. sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan.#nasibbaikpuasadahhabisganti. sekejap je dah nak 15 tahun. sekejap je PMR nak datang. perasaan hati berkecamuk. sekejap rasa nak marah orang, kejap rasa nak meraung, kejap kang dah meleleh air mata, kejap kang dah rasa nak bunuh orang #oke,tipu! teruk jugak ye debaran orang yang nak menghadapi sesuatu yang besar ni. minggu depan ada exam, lepas tu penilaian KRK, after tu ada percubaan PMR lepas tu ada PMR. #aku pun tak ingat berapa banyak exam lhaaa#haaa. lepas nie jangan lah korang duk bertanya kemana kah aku menghilang. dah tahu kan jawapan nya? jadi, harapnya agar korang still akan jenguk blog aku sambil kunyah makanan ke teguk air ke, sambil tu klik lah heartbeat tu sekali :) dah, jom beradu !

lepas abis semua nie bukan setakat daun yang aku baling ! tunggu!!!


bye, #jgn rindu aku taw ;p
THANKS FOR READING THIS ENTRY !!!